Wednesday 6 August 2014

MAJLIS KONVOKESYEN MARSAH KALI KE-14

Tarikh : 19 Jun 2014 (Khamis)
Masa : 8.00 am
Tempat : Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar Johor

Setelah 3 tahun 10 hari menuntut di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), hari itu bermula kehidupan bergelar graduan. Macam-macam perasaan yang ada, berbolak balik, tak tentu arah dalam masa yang sama tak sabar-sabar naik ke pentas untuk menerima sijil yang dianugerahkan. Bukan senang nak senang...

DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM
Jabatan Pendidikan dan Pengajian Umum, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

Foto : Sesi pengambilan Diploma yang disempurnakan wakil YAB Menteri Besar Johor, YB Ustaz Hj. Mutalip Hj. Abd. Rahim, Exco Agama Negeri Johor merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah MARSAH Sdn. Bhd.

Pengalaman 9 tahun menceburkan diri dalam profesyen perguruan telah mematangkan aku tentang peri pentingnya pendidikan seperti termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan pendidikan sepanjang hayat sesuai tuntutan islam dan barat "Long Life Learning". Mempunyai segulung Diploma sudah pasti belum cukup !, bukan kerana tamak, tetapi cabaran hidup kini semakin mencabar apatah lagi hari-hari mendatang. Kini aku dan beberapa orang sahabat menyambung pengajian peringkat Sarjana Muda secara jarak jauh.


ANUGERAH KHAS
Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor Tahun 2014

Setelah dua penggal menyumbang bakti dalam gerakan mahasiswa aku berpeluang mengenali potensi diri dalam bakat kepimpinan. Pada penggal ke-2 aku diangkat menjadi ketua pelajar (Yang Dipertua MPP) atau dalam kolej dikenali sebagai Majlis Perwakilan Mahasiswa MARSAH (MPMM). Bermacam ragam dan gelagat mahasiswa dan masyarakat yang aku perolehi sehingga membuatkan aku masak dengan kehidupan bermasyarakat yang memerlukan tahap kesabaran dan ketaqwaan yang tinggi.

Foto : Sesi pengambilan Anugerah Khas Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor bagi tahun 2014 dan kategori penerima yang dinilai berdasarkan bakat kepimpinan yang disumbangkan sepanjang pengajian di Kolej.

Rakan-rakan seperjuangan
Terdiri dari latarbelakang dan kursus yang berbeza tetapi kami tetap sama sebagai penegak syiar islam dan penyambung dakwah Rasul s.a.w.. Akhirnya masing-masing memiliki sijil masing-masing iaitu Diploma Tahfiz al-Quran wa al-Qiraat, Diploma Pendidikan Islam, Diploma Syariah Islamiah dan Diploma Usuluddin.

Para Graduan Lelaki











Para Graduan Wanita











Terima kasih semua !

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Azzawajalla atas segala nikmat yang dicurahkan, Terima kasih ya Allah kerana telah kurniakan aku ibubapa yang telah menyempurnakan didikan dan tanggungjawab kepada ku, Terima kasih ya Allah kerana Engkau telah mengurniakan aku sahabat-sahabat dan kenalan yang banyak membantu. segala puji bagi Mu ya Allah, Tuhan pencipta seluruh alam.