Wednesday 2 May 2012



KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR

1.      SIMULASI : Main Peranan dan Lakonan.

Murid-murid melakonkan suatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam keadaan teratur .Simulasi terbahagi kepada dua :

(a)    Sosiodrama (lakonan berpandukan skrip)

v  Contoh : Guru mengambil dua orang murid untuk melakonkan suatu situasi ketika berjual beli,seorang murid membawa watak sebagai peniaga dan seorang lagi sebagai pembeli,berdasarkan skrip murid perlu melakokan adab-adab semasa berjual-beli dalam islam.

(b)   Main peranan (lakonan spontan)

v  Contoh :Guru meminta dua orang murid untuk melakonkan suatu situasi ketika berjual beli,seorang murid membawa watak sebagai peniaga dan seorang lagi sebagai pembeli. tanpa menggunakan skrip,murid dikehendaki berlakon secara spontan antara larangan-larangan semasa berjual beli.

Contoh Langkah-Langkah Perlaksanaan Simulasi bagi tajuk Adab-adab berjual beli dalam Islam.




2.      TUNJUK CARA : Demostrasi

Dikenali sebagai demostrasi iaitu guru mendemostrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid.

v  Contoh :Guru menunjukkan cara-cara dan langkah-langkah bertayyamum menggunakan debu tanah yang suci di luar kelas.

Prinsip-prinsip tunjuk cara terbahagi kepada tiga sebelum demostrasi,semasa demostrasi dan selepas demostrasi.

·         Sebelum demostrasi

v  Contoh : Guru mengambil tajuk Tayyamum dan cara-cara bertayymum menggunakan debu tanah serta langkah-langkah,guru melakukan demostrasi di luar kelas bagi memudahkan penggunaan debu tanah yang suci dan menyatakan sebab di bolehkan bertayyamum dan cara-caranya.

·         Semasa demostrasi  

v  Contoh : Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan akan hadir ke tempat guru menjalankan demostrasi bertujuan murid dapat menyaksikan dengan lebih jelas serta penglihatan guru tertumpu pada setiap murid,guru akan mengulangi jika terdapat keraguan dan guru akan memanggil seorang atau setiap murid melakukan sekali lagi berdasarkan tunjuk cara guru.

·         Selepas Demostrasi

v  Contoh : Setelah selesai demostrasi guru memanggil semua murid dan menerangkan dengan lebih terperinci berkaitan langkah-langkah serta perkara-perkara yang membatalkan tayyamum serta guru meminta murid mengklasifikan perbezaan antara wudhuk dan tayyamum sebagai aktiviti pengukuhan.





Jenis-jenis tunjuk cara terbahagi kepada tiga model. Model Hidup,Model Simbolik dan Model Persepsi :

·         Model Hidup : demostrasi guru dan murid yang telah menguasai kemahiran menjalankan demostrasi berkenaan.

v  Contoh : Demostrasi guru tentang langkah-langkah bertayyamum dan murid melakukan demostrasi sekali lagi tentang langkah-langkah bertayyamum.

·         Model Simbolik : dilakukan berdasarkan langkah-langkah secara bertulis , bergambar atau arahan guru.

v  Contoh : Guru memberi arahan langkah demi langkah bertayyamum supaya murid dapat melaksanakanya.

·         Model Persepsi : penggunaan video yang memaparkan suatu demostrasi .

v  Contoh : Memaparkan cara-cara dan langkah bertayyamum dengan tertib menerusi tayangan video.

Langkah-langkah pengajaran melalui tunjuk cara melibatkan beberapa langkah utama seperti perancangan,perlaksanaan,latihan dan penutup sebagai contoh ;





3.      PERBINCANGAN

            Melibatkan aktiviti perbualan antara guru dan murid-murid dalam kelas,bertukar-tukar fikiran di bawah penyeliaan guru.terdapat dua bentuk perbincangan iaitu perbincangan keseluruhan kelas dan kumpulan-kumpulan kecil.

·         Keseluruhan kelas (diketuai oleh guru)

v  Contoh : Guru menyatakan satu topik gejala sosial dan cara menanganinya kepada murid untuk berkongsi maklumat dan idea berkaitan gejala-gejala sosial dan penyelesaianya.murid yang mempunyai maklumat dan idea akan menyakatakan ideanya kepada guru dan rakan-rakanya.

·         Kumpulan-kumpulan kecil (diketuai oleh seorang murid)

v  Contoh : Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan. setiap kumpulan akan melantik seorang ketua dan guru akan memberi satu tajuk dari topik gejala-gejala sosial pergaulan bebas,zina,rempit dan dadah,ketua kumpulan diminta bersama-sama ahli membincangkan langkah-langkah mengatasinya dan dicatat oleh seorang setiausaha kumpulan.guru akan memantau dan memberi bantuan jika didapati perlu .

Tujuan perbincangan adalah bagi menggalakan perkembangan mental murid,dapat melatih murid berfikir dengan teliti,jelas,tepat dan logik.selain itu dapat memberi peluang kepada murid menggunakan kemahiran lisan dengan berinteraksi dan berkomunikasi dan memupuk semangat kerjasama.

4.      SUMBANGSARAN

Juga dikenali sebagai pencambahan fikiran (brainstorming) ,sesi perbincangan setiap ahli kumpulan menyumbang pendapat dan idea dalam suatu tajuk.

Terdapat tiga peringkat utama sumbangsaran iaitu peringkat permulaan,peringkat perbincangan dan peringkat penilaian dan rumusan.sebagai contoh :





5.      KERJA KUMPULAN

Berasaskan kepada strategi berpusatan murid,dengan berkumpulan murid-murid dapat menguasai kemahiran tertentu dan dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

·         KUMPULAN MENGIKUT KEBOLEHAN
Murid di bahagikan kepada tiga kumpulan,iaitu kumpulan cerdas,kumpulan sederhana dan kumpulan lambat.

v  Contoh : Guru membahagikan tiga kumpulan mengikut kebolehan murid dengan memberi tugasan mencabar bagi kumpulan cerdas,tugasan biasa bagi kumpulan sederhana dan tugasan mudah bagi kumpulan lambat.

·         KUMPULAN PELBAGAI KUMPULAN
Setiap kumpulan kecil terdiri daripada murid peringkat cerdas,peringkat sederhana dan peringkat lambat.

v  Contoh : Guru memberi tugasan pada setiap kumpulan kecil secara berbeza-beza dalam kumpulan mengikut peringkat murid dalam kumpulan

Perancangan dan pengurusan mengajar kumpulan iaitu bahan-bahan pelajaran dan penyusunan tempat duduk di bilik darjah perlulah di sediakan lebih awal dan lebih teratur agar lebih berkesan.



6.      PENGAJARAN MODUL

Kaedah berpandukan guru ,murid mempelajari bahan melalui panduan bahan bercetak atau perisian komputer mengikut unit pelajaran yang disediakan.kaedah ini mengambil pendekatan daripada mudah dan kompleks.

Pengajaran terancang atau dikenali program belajar sendiri adalah sejenis modul pengajaran berprogram yang menggunakan panduan bercetak atau berkomputer kepada murid secara individu mengikut kebolehan masing-masing.bagi menghuraikan bahan pelajaran,aktiviti pembelajaran murid dan menyamakan jawapan.

v  Contoh : Guru menggunakan kitab al-Quran atau paparan slide ayat al-Quran bagi subjek Tajwid,guru akan menerangkan sedikit pengenalan Mad lazim kalimi kemudian guru meminta murid mencari contoh hukum mad lazim kalimi dalam al-Quran atau paparan ayat. murid akan mencari jawapan berpandukan bahan yang disediakan.


7.      PENYELESAIAN MASALAH

Suatu aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan,bukan mekanis,teka-teki,kuiz atau kemahiran matematik.individu murid atau kumpulan dikehendaki melaksanakan kerja penyelesaian masalah dengan menentukan strategi dan kaedah melalui suatu set aktiviti yang boleh memberikan penyelesaian.

Soalan bermasalah yang sesuai dengan pengalaman mereka harus diberikan sebaik sahaja murid memperolehi ilmu atau menguasai kemahiran.jenis-jenis kaedah yang sering digunakan dalam bilik darjah adalah kaedah penyelesaian sendiri,kaedah inkuiri,kaedah dapatan,sumbangsaran dan kaedah TOC.terdapat juga model-model kaedah penyelesaian masalah seperti Model Dewey,Model Polya,Model Lester dan teknik TOC.

v  Contoh : Guru memberikan suatu masalah pengiraan kadar bayaran zakat harta bagi orang dewasa,murid mencari jalan penyelesaian dengan berpandukan jadual nisab dan khaul bagi zakat dan akhirnya murid dapat menyelesaikan masalah dengan mengenali masalah,mencari strategi dan melaksanakan penyelesaian.

8.      PEMUDAHCARAAN

Proses yang memudahkan sesuatu tindakan agar aktiviti pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.kemahiran ini merupakan kecekapan guru berjaya memotivasikan murid-murid bersedia untuk belajar,mengalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam kelas,membimbing murid dan melicinkan segala proses pembelajaran.

Kaedah ini memerlukan guru yang menguasai kemahiran lisan dan bukan lisan yang cekap.terdapat tiga ciri pemudahcaraan iaitu teknik penyoalan,teknik percontohan dan scaffolding.

·         Teknik Penyoalan

v  Contoh : Semasa set induksi, guru bertanyakan kepada murid adakah mereka menunaikan solat subuh pagi itu,sebagai pendahuluan bagi tajuk kewajipan solat fardhu.

·         Teknik Percontohan

v  Contoh : Guru memberi contoh dengan menceritakan  pengalaman beliau semasa di bangku sekolah.dan guru meminta murid membuat cerita pengalaman mereka belajar selama hari ini.

·         Schaffolding

v  Contoh : Guru memberikan langkah-langkah kecil kepada murid untuk menyelesaikan masalah dalam Subjek Faraid.untuk menentukan jawapan,murid perlu mengambil langkah-langkah kecil itu dan dibimbing oleh guru hingga masalah itu seslesai.


9.      KAEDAH INKUIRI

Terdapat dua jenis strategi inkuiri iaitu inkuiri terbimbing (guru membimbing murid) biasanya digunakan pada peringkat sekolah rendah juga menengah rendah dan inkuiri terbuka (dijalankan oleh murid sendiri) digunakan pada peringkat Sekolah menengah atas dan lebih tinggi.

Terdapat lima peringkat utama langkah-langkah pengajaran melalui kaedah inkuiri iaitu mengenalpasti topik kajian,merancang strategi penyelesaian,mengumpulkan maklumat berkaitan,mengkaji dan menganalisis maklumat yang dikumpul dan membuat generalisasi atau rumusan

v  Contoh : Guru memberi suatu topik kajian berkaitan organisma hidup kepada murid darjah 4, guru meminta murid membuat kajian berkaitan organisma hidup dan bernafas dengan menyatakan objektif kajian, hipotesis, pembolehubahdan langkah-langkah perlaksanaan kajian dengan dibimbing oleh guru.


10.  PENGAJARAN TEMATIK

                           Dikenali sebagai ‘Tema’ dan boleh diertikan sebagai pokok pembicaraan atau topik utama pembicaraan atau kajian.kaedah ini sering digunakan dalam pelajaran bahasa,pendidikan seni dan pendidikan moral.berkaitrapat dengan aktiviti secara berkumpulan dan boleh dilaksanakan dengan tiga cara :

·         Cara 1 : Tema dipecahkan kepada subtopik dan di bincangkan dalam kumpulan Cerdas,Sederhana dan lambat dan perlu dibentang.
v  Contoh : dalam tema kemerdekaan,guru meminta kumpulan cerdas menyediakan satu puisi dan sajak kemerdekaan.bagi kumpulan sederhana menyediakan  Syair kemerdekaan dan bagi kumpulan lambat akan diminta menyediakan pantun kemerdekaan.

·         Cara 2 : Tema yang sama diberikan kepada setiap kumpulan pelbagai kebolehan dan perlu dibentang.
v  Contoh : Guru meminta setiap kumpulan melukis satu poster kemerdekaan.

·         Cara 3 : Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi dan dibincangkan dalam kumpulan pelbagai kebolehan dan perlu dibentang.

v  Contoh : Guru memberi tugasan setiap kumpulan dengan topik berbeza kumpulan 1 membuat Syair sebelum merdeka,kumpulan 2 membuat pantun semasa kemerdekaan dan kumpulan 3 membuat sajak selepas kemerdekaan.


11.  KAEDAH BERCERITA
                           Aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan menggunakan perkataan,imej dan suara.terdapat elemen-elemen penting yang terkandung dalam cerita ialah plot dan watak-watak serta pandangan dan nilai-nilai murni.

                           Bercerita untuk terapi adalah pendekatan paling berkesan untuk kaunseling kanak-kanak yang mempunyai masalah.perancangan dan pengurusan sesi bercerita terbahagi kepada tiga peringkat perancang persediaan,sesi bercerita dan penutup sesi bercerita.

v  Contoh :Guru membacakan selawat beramai-ramai sebagai set induksi bagi tajuk sirah kelahiran Nabi Muhammad SAW.guru memberikan sedikit pengenalan biodata baginda SAW dan menceritakan kisah sewaktu ibu baginda Aminah melahirkan dan sebagai penutup,guru memberi beberapa soalan dan murid menjawab berdasarkan kisah yang difahami .

12.  BELAJAR SAMBIL MAIN
                           Merupakan aktiviti permainan dan merupakan aktiviti utama perkembangan kanak-kanak,main merupakan aktiviti yang bermotivasi dan membawa keseronokan.

                           Kaedah dan teknik bermain boleh dikaitkan dengan kaedah lain seperti simulasi,main peranan,penyelesaian masalah dan tunjuk cara.langkah-langkah perlaksanaan bermain ialah :

·         Langkah 1 : Perancangan.
v  Contoh : Guru merancang untuk menjalankan kuiz dengan menjalankan aktiviti permainan kotak beracun.Radio dan soalan sudah disediakan.

·         Langkah 2 : Permulaan.
v  Contoh : Guru menyatakan dan memberi taklimat kuiz dengan menjalankan satu permainan iaitu kotak beracun.



·         Langkah 3 : Permainan.
v  Contoh :Aktiviti kuiz berjalan dengan permainan kotak beracun,apabila muzik dimainkan berenti,murid yang memegang kotak akan mengambil soalan kuiz dan menjawabnya.

·         Langkah 4 : Penilaian.
v  Contoh : Guru menilai jawapan yang diberikan murid dan hadiah akan diberikan kepada murid yang Berjaya menjawab dengan betul.

·         Langkah 5 : Perbincangan.
v  Contoh : Setelah selesai aktiviti,guru membuat rumusan dan menerangkan sedikit tentang tajuk kuiz yang dipelajari berdasarkan jawapan murid-murid yang menjawab soalan kuiz.

·         Langkah 6 : Penutup.
v  Contoh : Murid mencatat rumusan dan membantu guru mengemas peralatan yang dipakai.

13.  PEMBELAJARAN MASTERI (Mastery learning)

                           Diertikan sebagai kecekapan pembelajaran menguasai ilmu pengatahuan dan kemahiran dengan cekap dan lengkap untuk memastikan murid dapat menguasai apa yang diajar berkesan sekiranya ada pengajaran atau pembelajaran yang berkualiti serta masa yang mencukupi.

                           Menentukan hasil pengajaran,merancang isi unit pelajaran dengan menilai hasil pelajaran dengan ujian formatif dan ujian sumatif.laksanakan aktiviti pemulihan kepada murid yang lambat dan berikan aktiviti penggayaan atau pengukuhan bagi murid yang dapat mencapai objektif

·         Contoh : Guru mengajar subjek al-Quran,guru mengajar sebutan huruf satu persatu dengan mahraj huruf setelah selesai guru menjalankan penilaian bagi memastikan hasil pengajaran tercapai.apabila selesai  ujian sebutan huruf dan mahrajnya.guru dapat mengenalpasti murid yang dapat atau tidak dan akan mengasingkan murid yang dapat dan murid yang tidak dapat.guru menjalankan proses penerangan semula kepada murid yang lambat dan pengukuhan sebutan kepada murid yang dapat menguasai pengajaran.

Usul Fiqh : al-Qiyas

AL-QIYAS

1.      Definisi :

Dari sudut bahasa al-Qiyas boleh membawa erti ukuran,persamaan dan ukuran di antara sesuatu tempat dengan tempat lain,iktibar atau ambil pengajaran,tamsil dan menyerupai.

Dari sudut istilah al-Qiyas ialah ;

a)      Menzahirkan persamaan sesuatu perkara yang tiada nas tentang hukumnya kerana kedua-duanya mempunyai persamaan pada illah atau sebab dalam hukum itu.
b)      Persamaan sebab dalam perkara furu’ yang telah berlaku dengan perkara yang baru berlaku mengikut persamaan illah hukum tersebut .
c)      Perbandingan di antara sesuatu hukum dalam perkara yang baharu lahir dengan perkara yang telah ada hukumnya sebelumnya di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
d)     Menyamakan masalah yang tidak jelas hukumnya di dalam al-Quran atau hadis atau ijma’ dengan masalah yang telah dijelaskan hukumnya di dalam salah satu daripada dalil tersebut berdasarkan antara keduanya ada persamaan pada illah hukum.

2.      Rukun Al-Qias :

1.      Perkara Asal (Sebab)
2.      Hukum Asal (Hukum wajib,haram,sah dan lain-lain)
3.      Cabang atau furu’ (Masalah)
4.      Illah (Sifat sebab lahir hukum)



3.      Contoh  ringkasan para ulama’ mujtahid menggunakan qiyas untuk mengistinbat hukum :

PERKARA ASAL
Arak
HUKUM ASAL
Haram
PERKARA CABANG
Perahan anggur
ILLAH HUKUM
Mabuk

4.      Syarat-syarat al-Qiyas :

                    i.            Syarat bagi Perkara Asal (Sebab).

·         Perkara asal ini boleh diqiyaskan dengan perkara cabang.
·         Hukum yang dikhususkan kepada perkara tertentu tidak boleh diqiyaskan seperti hukum Rasullullah berkahwin dengan lebih daripada empat orang wanita.kerana perkara ini telah dikhususkan untuk Rasullullah sahaja.
·         Perkara mustahil untuk diqiyaskan tidak boleh diqiyaskan seperti bilangan rakaat solat,kadar hukum hudud dan kifarah kerana perkara ini tidak boleh difikirkan menggunakan akal.

                  ii.            Syarat bagi Hukum perkara asal.

·         Hendaklah daripada hukum  asal.
·         Hendaklah hukumnya tetap dan tidak dimansuhkan.
·         Hukumnya mestilah melalui nas daripada al-Quran atau as-Sunnah dan ijmak.
·         Tidak boleh dalil yang menetapkan bagi hukum perkara asal juga menetapkan bagi hukum perkara cabang.
·         Hendaklah bersebab dengan sebab yang boleh diketahui kewujudan sebab yang sama denganya pada perkara cabang.
·         Hendaklah mendahului ketetapan hukumnya daripada hukum perkara cabang.

                iii.            Syarat bagi perkara cabang.

·         Hendaklah terdapat sebab yang boleh menetapkan hukum perkara asal kepada perkara cabang.
·         Tidak boleh perkara cabang itu telah dinaskan hukumnya oleh al-quran, as-Sunnah atau ijmak.

                iv.            Syarat bagi Illah hukum.

·         Illah hendaklah yang merupakan sifat zahir yang terdapat pada hukum dengan kewujudannya pada perkara asal dan perkara cabang.
·         Hendaklah yang merupakan sifat tetap iaitu mempunyai hakikat tertentu yang tetap ,tidak berbeza dengan sebab berbezanya manusia dan keadaan.
·         Hendaklah sifatnya sesuai bagi hukum sehingga boleh terbina hukumnya atas sifat tersebut.
·         Hendaklah melangkau illah hukum tersebut daripada kedudukan hukum asal kepada perkara cabang.
·         Tidak boleh illah hukum itu menyalahi nas atau ijma’ kerana menyalahi kedua-duanya menyebabkan tidak boleh untuk melangkau hukum pada perkara lain.



5.      Jenis-jenis al-Qiyas.
Al-Qiyas terbahagi kepada

                                                      I.            Al-Qiyas al-Jali (jelas)

§  Qiyas yang jelas dan diyakini perbezaan di antara illah pada hukum cabang atau furu’ dan asal serta pasti ia memberi kesan pada hukum atau sebaliknya.
§  Contohnya : Wanita yang kedatangan haid haram membaca al-Quran dan diqiyaskan kepada orang yang berjunub kerana kedua-duanya mempunyai illah yang sama iaitu tidak suci dan haram untuk membaca al-Quran.

                                                   II.            Al-Qiyas al-Khafi (tersembunyi)

§  Qiyas yang tidak diyakini tentang perbezaan di antara illah pada hukum furu’ dan asal serta tidak pasti sama ada ia memberi kesan pada hukum atau sebaliknya ,qiyas ini lebih dikenali sebagai Istihsan
§  Contohnya : wanita kedatangan haid diharuskan membaca al-Quran kerana istihsan Qiyas al-Khafi walaupun haram wanita membaca al-Quran berdasarkan Qiyas al-Jali kerana ia berbeza dari segi tempohnya bagi orang yang berjunub dan wanita yang haid tempohnya panjang berbeza tempoh junub pendek,menyebabkan tempoh haid tersebut tidak dapat digunakan untuk membaca al-Quran berbeza dengan lelaki yang boleh membaca sepanjang masa.


                                                III.            Al-Qiyas al-Syabah (Penyamaan seiras)

§  Penyamaan seiras maksudnya ialah terdapat satu cabang yang berada di antara dua perkara asal (sebab) yang berbeza dimana cabang tersebut mempunyai keseirasan dengan setiap satu daripada kedua-dua asal tersebut dan terdapat cabang satu cabang digolongkan kepada asal yang paling banyak kesirasan denganya.Qiyas ini adalah lemah dan tidak terdapat sebab yang sesuai kecuali cabangnya seiras dengan dengan salah satu asal dalam kebanyakan hukum-hukum di samping terdapat asal lain yang mempunyai keirasan.

§  Contohnya : Seorang hamba adakah ia memiliki hak atau tidak.jika memiliki hak ia boleh diqiyaskan sebagai orang merdeka dan tidak mempunyai memiliki hak ia menyerupai binatang. Perkara asalnya ialah hamba diqiyaskan orang merdeka dan binatang. Dari sudut hamba itu sebagai orang merdeka kerana ia diberi balasan dosa pahala, ada hak bernikah. Dari sudut hamba itu sebagai jualbeli (binatang) ia boleh dijualbeli,boleh digadai,diwakafkan,dihadiahkan,diwarisi dan boleh diurus seperti harta. Dengan keseirasan hamba ini terdapat pada kehartaan dan diiraskan hamba sebagai binatang.

                                                IV.            Al-Qiyas al-‘Aks (Penyamaan dari sudut berlawanan)

§  Penyamaan dari sudut berlawanan. Maksudnya ialah penetapan lawan kepada hukum asal untuk cabang kerana wujudnya lawan kepada sebab hukum asal dalam cabang itu.

§  Contoh ; Hadith Rasullullah SAW
Maksudnya : Rasullullah SAW telah bersabda “dan di dalam urusan kemaluan seseorang kamu adalah sedekah”. Sahabat bertanya “ Wahai Rasullullah, adakah seseorang dari kami mendatangi syahwatnya (maka) dia akan memperoleh pahala ?”
Jawab Baginda “ tidakkah kamu memerhatikan sekiranya dia meletakannya di dalam urusan yang haram,bukankah dia memperoleh dosa; begitulah halnya sekiranya dia meletakanya di dalam urusan yang halal,pasti dia memperoleh pahala.”

§  Baginda menetapkan cabang ialah persetubuhan yang halal, hukum lawan bagi persetubahan haram kerana wujudnya lawan kepada sebab hukum asal dalam cabang. dan baginda menetapkan cabang pahala bagi persetubuhan halal dan lawan bagi ketetapan dosa kerana persetubuhan haram.

6.      SUMBER RUJUKAN :

1. Ustaz Abd Latif Muda,Dr. Rosmawati Ali,Penghantar Usul Fiqh,Cetakan 2010
2. Abd Azib Hussain,Manhaj Ilmu Fiqah & Usul Fiqah,Cetakan Pertama 2012