Tuesday 18 October 2011

REMAJA ISLAM DI MANA ?

Assalamualaikum WBT...

Isu hangat ni,aku nak tanya pada diri aku dan anda semua,dimanakah remaja islam kita kini?
Ya Allah...sedihnya mengenangkan macam-macam kes berlaku di kalangan remaja kita.

Antara isu terhangat kini ialah :

1.Pembuangan bayi
2.pengzinaan
3.Rempit
4.Gengsterisme
5.Bendalisme
6.Elegal racing dan banyak lagi...

macam-macam kes,yang terbanyak dari golongan Remaja ISLAM..,Astagfirullah Al Adzim...

Perkara ini tidak akan berlaku selain ada puncanya...tetapi yang paling penting Allah SWT telah memberikan Akal fikiran kepada manusia supaya berfikir mana satu yang baik atau yang buruk,tetapi ada jugak yang terima benda-benda dan budaya yang buruk.

Siapa ni?
remaja atau orang tua?
Melayu atau bangsa lain?
bertudung atau tidak?
Islam atau bukan Islam?







Anda yang melihat dan fikirlah.
siapakah puncanya?

nanti kita akan bincangkan mungkin ini adalah antara faktor-faktornya

Tetapi siapa ?
 Artis tempatan?









 Artis barat?















Filem tempatan?











Bak kata Nabil lu fikirlah sendiri!!!!!



Sunday 16 October 2011

AKU,RAKAN-RAKAN GURU,MURID-MURID AKU DAN SEKOLAH AGAMA BANDAR BARU UDA


Sekolah Agama Bandar Baru Uda
81200 Jalan Padi Ria
Bandar Baru Uda,Johor Bahru











Banyak kenangan disini

Sebelum ni aku berkhidmat di 4 buah sekolah disekitar kampung aku tapi berlainan dengan sekolah agama ni,sekolah bandar bergred A:gurunya berjumlah lebih kurang 45 orang dan pelajarnya berjumlah 2'300 orang sesi pagi dan petang. Guru-guru dan pelajarnya pun terdiri dari golongan yang hebat-hebat.

Inilah Guru Besar kami
Ustaz Hj.Masrin bin Soib PIS
Guru Besar dan Guru Sekolah Agama aku belajar dulu,masa kecil belajar dengan dia dari kafa 1 hingga darjah khas dan kini setelah bekerja sudah dua kali aku berkhidmat dibawah pentadbiranya.hehehehe...

aku doakan kesihatan Ustaz kesayangan aku ni semoga sihat dan bahagia disamping keluarga.Amin...





Hah...inilah Ustaz yang paling Kacak dan bergaya di Sekolah Agama Bandar Baru Uda huhuhu....

Ramai juga murid dan guru terpikat dan ramai juga yang nak jadikan menantu...hehehe...tapi masa tu da ada yang punya..so kena lah jaga adab sikit hehehe,....










Waktu mulanya P&P Sekolah Agama berbeza dengan sekolah lain..

macam sekolah aku ni special sikit

Pagi : jam 7.15 pagi
Petang :jam 2.00 petang

Masa mengikut ketetapan darjah masing-masing yang ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah.



Inilah Guru Disiplin yang sentiasa berdiri diatas rostrem dataran kejat tak kira pagi atau petang,tapi apa boleh buat dah jadi tanggungjawab hehehehe...

Garang tak cikgu ni??
Garang...!!! tapi penyayang














ini dia ketua Disiplin aku
Ustazah Norhaliza Abd Rahman

Garang???

Paling Gelak dengan dia...hahaha..







Meja Guru,Gua punya,
Meja untuk aku mencari inspirasi untuk menulis rancangan mengajar harian.










Guru Besar baru Ustaz Hj.Mustajab bin Hj.Anuar yang mengantikan Ustaz Masrin bin Soib yang berpindah di Sekolah Agama Dato' Omar Yusof,best orang nya boleh lebih kurang,banyak cadangan dan ideanya dilaksakan di Sekolah Agama ini,kelakar orangnya,asyik nak gelak je kalau berjumpa,n rajin bergurau ustaz ni huhuhu...papepon aku doakan ustaz sihat dan bahagia sepanjang hayat Amiiinnn....

Ustaz Hj.Mustajab juga adalah mantan Penolong Pegawai bahagian pendidikan JAJ dan sebelum ni beliau juga penyelia dan pen.pegawai PPADJB dan beberapa daerah lain sebelum berkhidmat semula ke Sekolah.


Barisan Guru-guru Sekolah Agama Bandar Baru Uda Johor Bahru sesi pagi dan petang yang mantap-mantap juga berkaliber.




















My student's...baik-baik budaknya
Darjah 2 bilik 31 sesi pagi Masa kedua











  
Perhimpuanan petang barisan guru-guru petang


Program membudayakan Al Quran murid sesi pagi :

Yang dikelolai oleh :
1.Ustaz Mohamad Rafiq bin Abd Rahman
2.Ustaz Mohd Arrif bin Jamaluddin






Orang-orang kuat nih.Kiri Ustaz Syabil (My BFF) Ustaz Rafiq, dan Ustaz Ahmad Zaki (Anak KPP Masjid)

Dapat hadiah hari guru


Jadi pengelola bahagian pendaftaran Sambutan Hari Guru Agama Peringkat Daerah Johor Bahru di Dewan Kompleks Islam Iskandar.Johor Bahru.










Bilik Guru Besar

Majlis Tafaruq untuk mantan Guru Besar ku
Ustaz Masrin bin Soib
di Restoran Benafee Village.Johor Bahru.










Kenangan bersama guru-guru praktikum MARSAH
1.Ustaz Noor Syahreer bin Hadi Munir
2.Ustaz Abd.Qayyuum bin Yusuf
3.Ustazah Adabiah binti Kamjah

JIWA-JIWA YANG TENANG


TARIKH                 :12 Oktober 2011
HARI                      :Rabu
MASA                    :Jam 8.00 pagi

Burung Puyuh
Sembelihan,adalah ketapan yang wajib bagi mereka yang ingin memakan dagingnya.
siapa yang boleh menyembelih?

Inilah dia Ustaz Mohammad Haidzir bin Hussin bapa Fiqah kami orang kuat Imam Syafie ni yang memberi tunjuk ajar amali sembelihan dengan dibimbing Bonda kami Ustazah Datin Hjh Rusnah binti Mohamad Pensyarah Fiqh kelas kami yang membimbing kami dari awal Semester.
Inilah juga Pensyarah fiqh kami yang tersayang Datin Hjh Rusnah Mohamad.

Tengah menunggu taklimat dan penerangan oleh Ustaz Mohamad Haidzir bin Husin

Bakal-bakal Ustaz yang bersedia untuk menjalani praktikal sembelihan,yang paling depan (Wak Lan) yang paling Otai dalam penyembelihan dari awal sampai akhir.

Ragam-ragam sebelum amali (Hafiz n Kawasaki En Amat)
Bakal-bakal Ustazah yang menyahut cabaran menanti untuk menyembelih
Hah,sudah tiba masanya Ustaz Haidzir memulakan Takliamat dan peneranganya
Sesi penerangan oleh ustaz Haidzir 
Yeahhh...Student pertama yang mulakan sesi amali sembelihan.first time ni gua menyembelih.mesti bangga parent aku,Cikgu-cikgu n guru besar aku Ustaz Masrin bin Soib dan Ustaz Hj Mustajab bin Anuar kerana akhirnya pernah juga menyembelih.Akhirnya ku berjaya 3 ekor kali kedua jadi bangkai.


My Friend's yang teruskan sesi menyembelih

Mohamad Hafiz bin Sanusi

Alias bin Syamjafri

Khairul Anwar bin Kammisan

Pelajar perempuan yang menyembelih.

pelajar lelaki dan kepenatan menyembelih,hebat-hebat tu.

Inilah dia Nuar Rempit Muar mari....dan Ashaaf Azmi.


Penyembelih yang hebat,baru cuba puyuh dah nak cuba sembelih orang.hebat-hebat.!!


Kerja-kerja menyiang bulu dan memotong burung puyuh yang telah selesai di sembelih

Turut hadir ialah Ketua Jabatan Pendidikan Islam Tn Hj.Jumaat bin Abu Bakar

Ustaz Omar bin Mokti Pensyarah Al Quran kami turut hadir bagi menunjukan skillnya.

Wednesday 21 September 2011

MUDIR MARSAH YANG DISAYANGI

DALAM KENANGAN
Sohibul Fadhilah Al Ustaz Haji Mohamed Salleh Bin Sanwan
Mudir MARSAH

BERITA DALAM KELAS :

20 SEPTEMBER 2011 (SELASA) / JAM 9.00 am :Kami bangun pagi seperti biasa dan terus ke kelas seperti dalam jadual kami ada kelas Psikologi Pendidikan di makmal,semasa didalam kelas kami seperti biasa masuk dan duduk sementara menunggu pensyarah kami Tn Hj.Jumaat Abu Bakar hadir kelas.tiba-tiba seorang sahabat kami adik kepada pensyarah tahfiz ditempat kami ini menerima sms dari abangnya yang memberitahu bahawa Mudir kesayangan kami ulama' yang kami sayangi serta ikon kepada kami telah pun menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.00 pagi.sedih dan terharu mendengar berita ini,suasana pilu menyelubungi luar kelas dengan keadaan mendung dan hujang renyai diselangi lebat.Kemudian Tn.Hj.Jumaat pon masuk kekelas dalam keadaan sedih menyatakan kelas dibatalkan serta memberikan sedikit pesanan untuk ulangkaji akan datang kemudian Tuan Haji pon keluar.kami pon terus mendapat maklumat dari pensyarah-pensyarah bahawa kelas dibatalkan.kami pon terus balik ke bilik dalam keadaan sedih serta pilu dengan cuaca sejuk kerana turunya hujan.

BALIK KE ASRAMA :

Kemudian kami pon mendengar pengumuman dari senior kepada semua pelajar asrama bahawa semua pelajar adalah diwajibkan hadir ke Masjid Sultan Abu Bakar pada jam 3 ptg bagi menyempurnakan solat jenazah Al marhum.seminggu sebelum ini Almarhum telah dimasukan ke Hospital Sultan Abd Samad bagi menerima rawatan selama beberapa hari.berita tentang kemasukan beliau ke hospital tidak kami ketahui,cuma kami perasan bahawa beliau tidak ada pada raptai dan majlis konvokasyen MARSAH kali ke 11 di Pusat Islam Iskandar Johor Bahru tempoh hari.
Majlis Konvokasyen menjadi kenangan,beliau tidak dapat hadir pada hari tersebut 
kerana menerima rawatan di hospital

Kami kemudian ,mendapat arahan dari penyelia asrama supaya turun untuk pergi melawat jenazah almarhum  beramai2 menaiki dua buah bas ke kediaman almarhum di setia tropika.terdetik dalam hati semasa perjalanan kerumah almarhum.kami telah pun mengunjungi rumah beliau juga untuk beraya dan serta mengunjungi pensyarah kami anak beliau Ustazah Dzakiah Al-Miskiah pada hari sabtu sebelum kami dapat mengatahui berita kemasukan beliau ke hospital pada hari isnin nya.

Kenangan bergambar beramai-ramai bersama AlMarhum Al-Fadhil Ustaz Hj,Mohamed Salleh di kediamanya di setia tropika selang sehari sebelum beliau dimasukan ke hospital.

Semasa kami mengunjungi rumah beliau kami sambut oleh anak beliau yang juga pensyarah kami serta isteri beliau dan anak-anak yang lain dengan dijamukan masakan soto juga macam-macam lagi dan yang paling special adalah ustazah Dzakiah mengeluar beberapa jenis makanan kekacang arab juga buah tamar dari madinah yang di tanam oleh baginda rasullullah katanya baik untuk mengelakan santau inilah pertama kali kami beraya dirumah beliau dan merasai buah tamar yang special itu.jam menunjukan sudah hampir maghrib dan kami pon ketika itu mengambil keputusan untuk pulang dengan segera,sudah masuk dalam kereta ustazah dzakiah pun minta kami tunggu sebentar untuk menunggu beliau yang baru balik dari urusan luar.tidak lama kemudian beliau pon sampai dan kami sempatlah bersalaman dan bergambar dengan beliau.tidak disangkakan penemuan yang singkat itu adalah kenangan manis kami bersama armarhum yang juga bapa serta ulama' tersohor yang tinggi ilmunya,setiap katanya bernilai dan tidak dapat dicari ganti.masih terngiang2 lagi pesanan almarhum "Selamat Hari Raya,tahun depan jemput datang lagi ye" dan juga semasa Majlis khatam al-quran MARSAH beliau dalam ucapanya menyatakan bahawa "MARSAH masih memerlukan doa dari semua pelajarnya".akan kami tunaikanya insyallah.


Sesudah sampai ke kediaman beliau untuk melawat jenazah almarhum kami berasa sayu dan hiba serta puluhan tokoh-tokoh serta ulama' ternama hadir selain saudara mara bagi melawat jenazah antaranya Mufti kerajaan Johor sendiri Sohibus Samahah Dato' Hj.M.Tahrir Kiyai Hj.Shamsuddin bersama timbalan mufti johor Dato' Hj.Sha'ari Abdullah Al Hafiz,pengarah jabatan Agama Johor Hj.Elias Hasran,Kadi Johor Bahru Hj.Azman Mohsin,Pengarah Pendidikan Agama Johor Ustaz Hj.Suliman Dumang serta ramai lagi pengarah-pengarah,pegawai-pegawai jabatan agama,guru-guru maahad,pensyarah-pensyarah serta para pelajar beliau dari dahulu hingga kini.begitu terasa sungguh pemergian almarhum sebagai seorang tokoh ulama' yang tinggi ilmunya selain itu beliau fasih dalam berbahasa arab bersama sahabatnya yang sama lulusan Al Azhar Mesir seperti Ustaz Hj. Mukhtar Abd Aziz,Ustaz Hj.Abd Ghani yang merupakan antara ulama' negeri johor yang tinggi ilmunya.

Salam Ta'ziah kepada keluarga AlMarhum Ustaz Mohamed Salleh Bin Sanwan Al-Hajj
semoga ronya dicucuri rahmat 
Al-Fatehah.