KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR
1. SIMULASI : Main Peranan dan Lakonan.
Murid-murid melakonkan suatu situasi atau
peristiwa secara berpura-pura dalam keadaan teratur .Simulasi terbahagi kepada
dua :
(a)
Sosiodrama (lakonan berpandukan skrip)
v
Contoh : Guru mengambil dua orang murid
untuk melakonkan suatu situasi ketika berjual beli,seorang murid membawa watak
sebagai peniaga dan seorang lagi sebagai pembeli,berdasarkan skrip murid perlu
melakokan adab-adab semasa berjual-beli dalam islam.
(b)
Main peranan (lakonan spontan)
v Contoh :Guru meminta dua orang murid untuk melakonkan suatu situasi
ketika berjual beli,seorang murid membawa watak sebagai peniaga dan seorang
lagi sebagai pembeli. tanpa menggunakan skrip,murid dikehendaki berlakon secara
spontan antara larangan-larangan semasa berjual beli.
Contoh Langkah-Langkah
Perlaksanaan Simulasi bagi tajuk Adab-adab berjual beli dalam Islam.
2. TUNJUK CARA : Demostrasi
Dikenali sebagai demostrasi iaitu guru
mendemostrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan
murid.
v Contoh :Guru menunjukkan cara-cara dan langkah-langkah bertayyamum menggunakan
debu tanah yang suci di luar kelas.
Prinsip-prinsip tunjuk cara terbahagi
kepada tiga sebelum demostrasi,semasa demostrasi dan selepas demostrasi.
·
Sebelum demostrasi
v
Contoh : Guru mengambil tajuk Tayyamum dan
cara-cara bertayymum menggunakan debu tanah serta langkah-langkah,guru
melakukan demostrasi di luar kelas bagi memudahkan penggunaan debu tanah yang
suci dan menyatakan sebab di bolehkan bertayyamum dan cara-caranya.
·
Semasa demostrasi
v
Contoh : Guru membahagikan murid kepada empat
kumpulan dan setiap kumpulan akan hadir ke tempat guru menjalankan demostrasi
bertujuan murid dapat menyaksikan dengan lebih jelas serta penglihatan guru
tertumpu pada setiap murid,guru akan mengulangi jika terdapat keraguan dan guru
akan memanggil seorang atau setiap murid melakukan sekali lagi berdasarkan
tunjuk cara guru.
·
Selepas Demostrasi
v
Contoh : Setelah selesai demostrasi guru
memanggil semua murid dan menerangkan dengan lebih terperinci berkaitan
langkah-langkah serta perkara-perkara yang membatalkan tayyamum serta guru
meminta murid mengklasifikan perbezaan antara wudhuk dan tayyamum sebagai aktiviti
pengukuhan.
Jenis-jenis tunjuk cara terbahagi kepada
tiga model. Model Hidup,Model Simbolik dan Model Persepsi :
·
Model Hidup : demostrasi guru dan murid yang telah
menguasai kemahiran menjalankan demostrasi berkenaan.
v
Contoh : Demostrasi guru tentang
langkah-langkah bertayyamum dan murid melakukan demostrasi sekali lagi tentang
langkah-langkah bertayyamum.
·
Model Simbolik : dilakukan berdasarkan langkah-langkah
secara bertulis , bergambar atau arahan guru.
v
Contoh : Guru memberi arahan langkah demi
langkah bertayyamum supaya murid dapat melaksanakanya.
·
Model Persepsi : penggunaan video yang memaparkan suatu
demostrasi .
v
Contoh : Memaparkan cara-cara dan langkah
bertayyamum dengan tertib menerusi tayangan video.
Langkah-langkah pengajaran melalui tunjuk
cara melibatkan beberapa langkah utama seperti perancangan,perlaksanaan,latihan
dan penutup sebagai contoh ;
3. PERBINCANGAN
Melibatkan aktiviti perbualan
antara guru dan murid-murid dalam kelas,bertukar-tukar fikiran di bawah
penyeliaan guru.terdapat dua bentuk perbincangan iaitu perbincangan keseluruhan
kelas dan kumpulan-kumpulan kecil.
·
Keseluruhan kelas (diketuai oleh guru)
v
Contoh : Guru menyatakan satu topik gejala
sosial dan cara menanganinya kepada murid untuk berkongsi maklumat dan idea
berkaitan gejala-gejala sosial dan penyelesaianya.murid yang mempunyai maklumat
dan idea akan menyakatakan ideanya kepada guru dan rakan-rakanya.
·
Kumpulan-kumpulan kecil (diketuai oleh seorang murid)
v
Contoh : Guru membahagikan murid kepada
empat kumpulan. setiap kumpulan akan melantik seorang ketua dan guru akan
memberi satu tajuk dari topik gejala-gejala sosial pergaulan bebas,zina,rempit
dan dadah,ketua kumpulan diminta bersama-sama ahli membincangkan
langkah-langkah mengatasinya dan dicatat oleh seorang setiausaha kumpulan.guru
akan memantau dan memberi bantuan jika didapati perlu .
Tujuan perbincangan adalah bagi menggalakan
perkembangan mental murid,dapat melatih murid berfikir dengan
teliti,jelas,tepat dan logik.selain itu dapat memberi peluang kepada murid
menggunakan kemahiran lisan dengan berinteraksi dan berkomunikasi dan memupuk
semangat kerjasama.
4. SUMBANGSARAN
Juga dikenali sebagai pencambahan fikiran (brainstorming)
,sesi perbincangan setiap ahli kumpulan menyumbang pendapat dan idea dalam
suatu tajuk.
Terdapat tiga peringkat utama sumbangsaran iaitu
peringkat permulaan,peringkat perbincangan dan peringkat penilaian dan
rumusan.sebagai contoh :
5. KERJA KUMPULAN
Berasaskan kepada strategi berpusatan murid,dengan
berkumpulan murid-murid dapat menguasai kemahiran tertentu dan dibahagikan
kepada dua jenis iaitu :
·
KUMPULAN MENGIKUT KEBOLEHAN
Murid di bahagikan kepada tiga kumpulan,iaitu kumpulan cerdas,kumpulan
sederhana dan kumpulan lambat.
v
Contoh : Guru membahagikan tiga kumpulan
mengikut kebolehan murid dengan memberi tugasan mencabar bagi kumpulan
cerdas,tugasan biasa bagi kumpulan sederhana dan tugasan mudah bagi kumpulan
lambat.
·
KUMPULAN PELBAGAI KUMPULAN
Setiap kumpulan kecil terdiri daripada murid peringkat cerdas,peringkat
sederhana dan peringkat lambat.
v
Contoh : Guru memberi tugasan pada setiap
kumpulan kecil secara berbeza-beza dalam kumpulan mengikut peringkat murid
dalam kumpulan
Perancangan dan pengurusan mengajar kumpulan iaitu
bahan-bahan pelajaran dan penyusunan tempat duduk di bilik darjah perlulah di
sediakan lebih awal dan lebih teratur agar lebih berkesan.
6. PENGAJARAN MODUL
Kaedah berpandukan guru ,murid mempelajari bahan
melalui panduan bahan bercetak atau perisian komputer mengikut unit pelajaran
yang disediakan.kaedah ini mengambil pendekatan daripada mudah dan kompleks.
Pengajaran terancang atau dikenali program belajar
sendiri adalah sejenis modul pengajaran berprogram yang menggunakan panduan
bercetak atau berkomputer kepada murid secara individu mengikut kebolehan
masing-masing.bagi menghuraikan bahan pelajaran,aktiviti pembelajaran murid dan
menyamakan jawapan.
v
Contoh : Guru menggunakan kitab al-Quran
atau paparan slide ayat al-Quran bagi subjek Tajwid,guru akan menerangkan
sedikit pengenalan Mad lazim kalimi kemudian guru meminta murid mencari contoh
hukum mad lazim kalimi dalam al-Quran atau paparan ayat. murid akan mencari
jawapan berpandukan bahan yang disediakan.
7. PENYELESAIAN MASALAH
Suatu aktiviti yang melibatkan masalah
berbentuk perkataan,bukan mekanis,teka-teki,kuiz atau kemahiran
matematik.individu murid atau kumpulan dikehendaki melaksanakan kerja
penyelesaian masalah dengan menentukan strategi dan kaedah melalui suatu set
aktiviti yang boleh memberikan penyelesaian.
Soalan bermasalah yang sesuai dengan pengalaman mereka
harus diberikan sebaik sahaja murid memperolehi ilmu atau menguasai
kemahiran.jenis-jenis kaedah yang sering digunakan dalam bilik darjah adalah
kaedah penyelesaian sendiri,kaedah inkuiri,kaedah dapatan,sumbangsaran dan
kaedah TOC.terdapat juga model-model kaedah penyelesaian masalah seperti Model
Dewey,Model Polya,Model Lester dan teknik TOC.
v
Contoh : Guru memberikan suatu masalah
pengiraan kadar bayaran zakat harta bagi orang dewasa,murid mencari jalan
penyelesaian dengan berpandukan jadual nisab dan khaul bagi zakat dan akhirnya
murid dapat menyelesaikan masalah dengan mengenali masalah,mencari strategi dan
melaksanakan penyelesaian.
8. PEMUDAHCARAAN
Proses yang memudahkan sesuatu tindakan agar
aktiviti pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.kemahiran ini merupakan
kecekapan guru berjaya memotivasikan murid-murid bersedia untuk
belajar,mengalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam kelas,membimbing
murid dan melicinkan segala proses pembelajaran.
Kaedah ini memerlukan guru yang menguasai kemahiran
lisan dan bukan lisan yang cekap.terdapat tiga ciri pemudahcaraan iaitu teknik
penyoalan,teknik percontohan dan scaffolding.
·
Teknik Penyoalan
v
Contoh : Semasa set induksi, guru bertanyakan
kepada murid adakah mereka menunaikan solat subuh pagi itu,sebagai pendahuluan
bagi tajuk kewajipan solat fardhu.
·
Teknik Percontohan
v
Contoh : Guru memberi contoh dengan
menceritakan pengalaman beliau semasa di
bangku sekolah.dan guru meminta murid membuat cerita pengalaman mereka belajar
selama hari ini.
·
Schaffolding
v
Contoh : Guru memberikan langkah-langkah
kecil kepada murid untuk menyelesaikan masalah dalam Subjek Faraid.untuk
menentukan jawapan,murid perlu mengambil langkah-langkah kecil itu dan
dibimbing oleh guru hingga masalah itu seslesai.
9. KAEDAH INKUIRI
Terdapat dua jenis strategi inkuiri iaitu inkuiri
terbimbing (guru membimbing murid) biasanya digunakan pada peringkat
sekolah rendah juga menengah rendah dan inkuiri terbuka (dijalankan oleh
murid sendiri) digunakan pada peringkat Sekolah menengah atas dan lebih tinggi.
Terdapat lima peringkat utama langkah-langkah
pengajaran melalui kaedah inkuiri iaitu mengenalpasti topik kajian,merancang
strategi penyelesaian,mengumpulkan maklumat berkaitan,mengkaji dan menganalisis
maklumat yang dikumpul dan membuat generalisasi atau rumusan
v Contoh : Guru memberi suatu topik kajian berkaitan organisma hidup
kepada murid darjah 4, guru meminta murid membuat kajian berkaitan organisma
hidup dan bernafas dengan menyatakan objektif kajian, hipotesis,
pembolehubahdan langkah-langkah perlaksanaan kajian dengan dibimbing oleh guru.
10. PENGAJARAN TEMATIK
Dikenali
sebagai ‘Tema’ dan boleh diertikan sebagai pokok pembicaraan atau topik
utama pembicaraan atau kajian.kaedah ini sering digunakan dalam pelajaran
bahasa,pendidikan seni dan pendidikan moral.berkaitrapat dengan aktiviti secara
berkumpulan dan boleh dilaksanakan dengan tiga cara :
·
Cara 1 : Tema dipecahkan kepada subtopik
dan di bincangkan dalam kumpulan Cerdas,Sederhana dan lambat dan perlu
dibentang.
v
Contoh : dalam tema kemerdekaan,guru
meminta kumpulan cerdas menyediakan satu puisi dan sajak kemerdekaan.bagi
kumpulan sederhana menyediakan Syair kemerdekaan
dan bagi kumpulan lambat akan diminta menyediakan pantun kemerdekaan.
·
Cara 2 : Tema yang sama diberikan kepada
setiap kumpulan pelbagai kebolehan dan perlu dibentang.
v
Contoh : Guru meminta setiap kumpulan
melukis satu poster kemerdekaan.
·
Cara 3 : Tema yang berbeza tetapi saling
melengkapi dan dibincangkan dalam kumpulan pelbagai kebolehan dan perlu
dibentang.
v
Contoh : Guru memberi tugasan setiap
kumpulan dengan topik berbeza kumpulan 1 membuat Syair sebelum merdeka,kumpulan
2 membuat pantun semasa kemerdekaan dan kumpulan 3 membuat sajak selepas
kemerdekaan.
11. KAEDAH BERCERITA
Aktiviti
yang digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan menggunakan
perkataan,imej dan suara.terdapat elemen-elemen penting yang terkandung dalam
cerita ialah plot dan watak-watak serta pandangan dan nilai-nilai murni.
Bercerita
untuk terapi adalah pendekatan paling berkesan untuk kaunseling kanak-kanak
yang mempunyai masalah.perancangan dan pengurusan sesi bercerita terbahagi
kepada tiga peringkat perancang persediaan,sesi bercerita dan penutup sesi
bercerita.
v
Contoh :Guru membacakan selawat
beramai-ramai sebagai set induksi bagi tajuk sirah kelahiran Nabi Muhammad
SAW.guru memberikan sedikit pengenalan biodata baginda SAW dan menceritakan
kisah sewaktu ibu baginda Aminah melahirkan dan sebagai penutup,guru memberi
beberapa soalan dan murid menjawab berdasarkan kisah yang difahami .
12. BELAJAR SAMBIL MAIN
Merupakan
aktiviti permainan dan merupakan aktiviti utama perkembangan
kanak-kanak,main merupakan aktiviti yang bermotivasi dan membawa keseronokan.
Kaedah
dan teknik bermain boleh dikaitkan dengan kaedah lain seperti simulasi,main
peranan,penyelesaian masalah dan tunjuk cara.langkah-langkah perlaksanaan
bermain ialah :
·
Langkah 1 : Perancangan.
v
Contoh : Guru merancang untuk menjalankan
kuiz dengan menjalankan aktiviti permainan kotak beracun.Radio dan soalan sudah
disediakan.
·
Langkah 2 : Permulaan.
v
Contoh : Guru menyatakan dan memberi
taklimat kuiz dengan menjalankan satu permainan iaitu kotak beracun.
·
Langkah 3 : Permainan.
v
Contoh :Aktiviti kuiz berjalan dengan
permainan kotak beracun,apabila muzik dimainkan berenti,murid yang memegang
kotak akan mengambil soalan kuiz dan menjawabnya.
·
Langkah 4 : Penilaian.
v
Contoh : Guru menilai jawapan yang
diberikan murid dan hadiah akan diberikan kepada murid yang Berjaya menjawab
dengan betul.
·
Langkah 5 : Perbincangan.
v
Contoh : Setelah selesai aktiviti,guru
membuat rumusan dan menerangkan sedikit tentang tajuk kuiz yang dipelajari
berdasarkan jawapan murid-murid yang menjawab soalan kuiz.
·
Langkah 6 : Penutup.
v
Contoh : Murid mencatat rumusan dan
membantu guru mengemas peralatan yang dipakai.
13. PEMBELAJARAN MASTERI (Mastery learning)
Diertikan
sebagai kecekapan pembelajaran menguasai ilmu pengatahuan dan kemahiran
dengan cekap dan lengkap untuk memastikan murid dapat menguasai apa yang diajar
berkesan sekiranya ada pengajaran atau pembelajaran yang berkualiti serta masa
yang mencukupi.
Menentukan
hasil pengajaran,merancang isi unit pelajaran dengan menilai hasil pelajaran
dengan ujian formatif dan ujian sumatif.laksanakan aktiviti pemulihan kepada
murid yang lambat dan berikan aktiviti penggayaan atau pengukuhan bagi murid
yang dapat mencapai objektif
·
Contoh : Guru mengajar subjek al-Quran,guru
mengajar sebutan huruf satu persatu dengan mahraj huruf setelah selesai guru
menjalankan penilaian bagi memastikan hasil pengajaran tercapai.apabila
selesai ujian sebutan huruf dan
mahrajnya.guru dapat mengenalpasti murid yang dapat atau tidak dan akan
mengasingkan murid yang dapat dan murid yang tidak dapat.guru menjalankan
proses penerangan semula kepada murid yang lambat dan pengukuhan sebutan kepada
murid yang dapat menguasai pengajaran.