Wednesday 21 September 2011

MUDIR MARSAH YANG DISAYANGI

DALAM KENANGAN
Sohibul Fadhilah Al Ustaz Haji Mohamed Salleh Bin Sanwan
Mudir MARSAH

BERITA DALAM KELAS :

20 SEPTEMBER 2011 (SELASA) / JAM 9.00 am :Kami bangun pagi seperti biasa dan terus ke kelas seperti dalam jadual kami ada kelas Psikologi Pendidikan di makmal,semasa didalam kelas kami seperti biasa masuk dan duduk sementara menunggu pensyarah kami Tn Hj.Jumaat Abu Bakar hadir kelas.tiba-tiba seorang sahabat kami adik kepada pensyarah tahfiz ditempat kami ini menerima sms dari abangnya yang memberitahu bahawa Mudir kesayangan kami ulama' yang kami sayangi serta ikon kepada kami telah pun menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.00 pagi.sedih dan terharu mendengar berita ini,suasana pilu menyelubungi luar kelas dengan keadaan mendung dan hujang renyai diselangi lebat.Kemudian Tn.Hj.Jumaat pon masuk kekelas dalam keadaan sedih menyatakan kelas dibatalkan serta memberikan sedikit pesanan untuk ulangkaji akan datang kemudian Tuan Haji pon keluar.kami pon terus mendapat maklumat dari pensyarah-pensyarah bahawa kelas dibatalkan.kami pon terus balik ke bilik dalam keadaan sedih serta pilu dengan cuaca sejuk kerana turunya hujan.

BALIK KE ASRAMA :

Kemudian kami pon mendengar pengumuman dari senior kepada semua pelajar asrama bahawa semua pelajar adalah diwajibkan hadir ke Masjid Sultan Abu Bakar pada jam 3 ptg bagi menyempurnakan solat jenazah Al marhum.seminggu sebelum ini Almarhum telah dimasukan ke Hospital Sultan Abd Samad bagi menerima rawatan selama beberapa hari.berita tentang kemasukan beliau ke hospital tidak kami ketahui,cuma kami perasan bahawa beliau tidak ada pada raptai dan majlis konvokasyen MARSAH kali ke 11 di Pusat Islam Iskandar Johor Bahru tempoh hari.
Majlis Konvokasyen menjadi kenangan,beliau tidak dapat hadir pada hari tersebut 
kerana menerima rawatan di hospital

Kami kemudian ,mendapat arahan dari penyelia asrama supaya turun untuk pergi melawat jenazah almarhum  beramai2 menaiki dua buah bas ke kediaman almarhum di setia tropika.terdetik dalam hati semasa perjalanan kerumah almarhum.kami telah pun mengunjungi rumah beliau juga untuk beraya dan serta mengunjungi pensyarah kami anak beliau Ustazah Dzakiah Al-Miskiah pada hari sabtu sebelum kami dapat mengatahui berita kemasukan beliau ke hospital pada hari isnin nya.

Kenangan bergambar beramai-ramai bersama AlMarhum Al-Fadhil Ustaz Hj,Mohamed Salleh di kediamanya di setia tropika selang sehari sebelum beliau dimasukan ke hospital.

Semasa kami mengunjungi rumah beliau kami sambut oleh anak beliau yang juga pensyarah kami serta isteri beliau dan anak-anak yang lain dengan dijamukan masakan soto juga macam-macam lagi dan yang paling special adalah ustazah Dzakiah mengeluar beberapa jenis makanan kekacang arab juga buah tamar dari madinah yang di tanam oleh baginda rasullullah katanya baik untuk mengelakan santau inilah pertama kali kami beraya dirumah beliau dan merasai buah tamar yang special itu.jam menunjukan sudah hampir maghrib dan kami pon ketika itu mengambil keputusan untuk pulang dengan segera,sudah masuk dalam kereta ustazah dzakiah pun minta kami tunggu sebentar untuk menunggu beliau yang baru balik dari urusan luar.tidak lama kemudian beliau pon sampai dan kami sempatlah bersalaman dan bergambar dengan beliau.tidak disangkakan penemuan yang singkat itu adalah kenangan manis kami bersama armarhum yang juga bapa serta ulama' tersohor yang tinggi ilmunya,setiap katanya bernilai dan tidak dapat dicari ganti.masih terngiang2 lagi pesanan almarhum "Selamat Hari Raya,tahun depan jemput datang lagi ye" dan juga semasa Majlis khatam al-quran MARSAH beliau dalam ucapanya menyatakan bahawa "MARSAH masih memerlukan doa dari semua pelajarnya".akan kami tunaikanya insyallah.


Sesudah sampai ke kediaman beliau untuk melawat jenazah almarhum kami berasa sayu dan hiba serta puluhan tokoh-tokoh serta ulama' ternama hadir selain saudara mara bagi melawat jenazah antaranya Mufti kerajaan Johor sendiri Sohibus Samahah Dato' Hj.M.Tahrir Kiyai Hj.Shamsuddin bersama timbalan mufti johor Dato' Hj.Sha'ari Abdullah Al Hafiz,pengarah jabatan Agama Johor Hj.Elias Hasran,Kadi Johor Bahru Hj.Azman Mohsin,Pengarah Pendidikan Agama Johor Ustaz Hj.Suliman Dumang serta ramai lagi pengarah-pengarah,pegawai-pegawai jabatan agama,guru-guru maahad,pensyarah-pensyarah serta para pelajar beliau dari dahulu hingga kini.begitu terasa sungguh pemergian almarhum sebagai seorang tokoh ulama' yang tinggi ilmunya selain itu beliau fasih dalam berbahasa arab bersama sahabatnya yang sama lulusan Al Azhar Mesir seperti Ustaz Hj. Mukhtar Abd Aziz,Ustaz Hj.Abd Ghani yang merupakan antara ulama' negeri johor yang tinggi ilmunya.

Salam Ta'ziah kepada keluarga AlMarhum Ustaz Mohamed Salleh Bin Sanwan Al-Hajj
semoga ronya dicucuri rahmat 
Al-Fatehah.

Sunday 18 September 2011

Sekolah Agama & Guru Agama Kerajaan Johor

Sekolah Agama Kerajaan Johor,Rasanye tengok sekali dah tau mane satu sekolah Agama berbanding sekolah menengah mahupun sekolah rendah,Apa perbezaanya???,anda pasti tau..

SEKOLAH AGAMA JOHOR

Sekolah Agama kerajaan Johor adalah satu-satunya institusi yang terkenal di negeri lain, sekolah agama mula diwujudkan pada zaman pemerintahan Maharaja Abu Bakar yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Al-Quran kemudian ditukar nama kepada sekolah petang juga terdapat nama-nama lain kini dikenali sebagai sakolah agama kerajaan Johor, bila berbicara tentang sekolah agama pastinya sekolah agama kerajaan johor lebih popular kerana satu-satunya negeri yang mempunyai sekolah Agama yang diselangara oleh kerajaan johor dibawah pentadbiran Jabatan Agama Johor Bahagian Pendidikan.mempunyai sistem pengurusan yang sistematik serta guru-guru dan kakitangan yang terlatih.sekolah Agama kerjaan johor dan guru agama kerajaan kini menjalani tranformasi, pelbagai usaha kerajaan bagi menaiktarafkan kualiti institusi perguruan,profesyen perguruan,pengurusan dan prasarana sekolah setanding sekolah dibawah pentadbiran kerajaan pusat yang dikelolai Kementerian Pelajaran Malaysia.


Bagi rakyat johor atau bagi mereka yang bermastautin di negeri johor dikehendaki untuk menghantar anak mereka mengikuti pelajaran di sekolah agama kerajaan johor yang berhampiran, sudah menjadi kewajipan kepada rakyat johor untuk menghantar anak mereka ke institusi berkenaan.


Sekolah Agama Kerajaan Johor menerima pelajar seawal pra sekolah iaitu Tadika Islam Johor (TAJ), darjah 1 hingga darjah 6 yang memberikan asas pengajian agama islam merangkumi aspek aqidah,fiqah,al quran dan tasauf serta menerapkan adab-adab islamiah dikalangan pelajar.

Selain Pendidikan prasekolah pelajar-pelajar yang telah tamat pengajaran di darjah 6 serta lulus cemerlang peperiksaan sijil darjah enam agama johor (SDEA) akan menyambung pengajian pula di peringkat darjah KHAS,kelas yang hanya dijalankan pada setiap hari sabtu pagi hingga tengahari.setelah menjalani sesi pembelajaran pada hujung tahun akan diadakan peperiksaan sijil darjah khas agama johor (SDKA) bagi mereka yang lulus akan memperolehi sijil darjah khas agama sijil ini juga laku bagi mereka yang ingin menyambung pengajian atau bekerja dalam sektor awam di negeri johor.


Pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di sekolah Agama kerajaan johor dijanjikan asas pendidikan agama yang kukuh dengan didikan yang mantap daripada guru agama yang mahir dalam bidang agama

Wednesday 14 September 2011

TAK SALAH PILIH KAWAN


Kenangan bersama rakan-rakan guru yang boleh tahan ilmunya
Dari kiri :Ustaz Arrif, Ustaz Noor Syahreer (Pelajar cemerlang MARSAH)
Ustaz Masrin Al Haj (Guru Besar SABBU/orang lama),
Ustaz Abd Qayyuum (ustaz yang sempoi tapi berisi)
saya dan Ustaz Ahmad Zaki. Mereka semua hebat.

MEMILIH SAHABAT BUKAN MEMILIH BULU

Pemilihan sahabat adalah penting, memainkan peranan dalam kehidupan sosial bermasyarakat. kerana sahabatlah boleh menentukan kita berjaya atau tidak pada masa akan datang. Pengaruhya lebih dekat berbanding pengaruh yang lain.

Saya bukanlah terlalu melulu untuk menuduh sahabat adalah punca terbesar dalam gejala negatif remaja dan dewasa kini. tetapi kebanyakan remaja kini lebih cenderung mempelajari atau meniru sesuatu perkara daripada rakan sebaya misalnya gejala rempit, gejala tersebut tidak akan berluasa selain ada yang mengajak atau ada yang mempengaruhi.

RENUNGAN :

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, 
melihat gerak-gerinya teringat mati.


Kenangan Guru-guru lelaki pada Majlis 
Perpisahan Guru 2011 SABBU 
Dari kiri :Ustaz Syabil Haziq (My Bestfriend,Ustaz Rafiq (ana),Ustaz Arrif,Ustaz Mohd Ezri (Abg Ngah) Ustaz Amzar,Ustaz Noor Syahreer (abg long) ustaz Ahmad Zaki. 

Antara Sahabat saya yang menjadi ikon saya 
untuk menyambung pengajian


Sahabat-sahabat yang dahulunya menjalani praktikal kini sudah memperoleh kejayaan masing-masing.

PENGALAMAN PERTAMA MENJADI GURU


Kenangan bersama 
 Mantan Guru Besar SABBU Ustaz Masrin Bin Soib




Bersama Ustaz Masrin Bin Soib, Idola saya dalam perguruan
Guru Besar saya dari bangku sekolah hingga 
jadi guru, beliau menjadi Guru Besar di SABBU

Rasanya saya ingin menjelajah ke sekolah-sekolah lain bagi mencari pengalaman yang lebih serta memantapkan lagi gaya pembelajaran serta dapat mempelajari teknik bagaimana mengawal pelajar serta menganali personaliti seseorang pelajar melalui pelbagai aspek seperti yang dinyatakan dalam psikologi pendidikan dalam hal perkembangan individu melalui kognitif,sosial,fizikal dan pelbagai lagi ;

“PENGALAMAN PERLU DI CARI,IANYA TIDAK AKAN HADIR MELAINKAN KITA YANG MENGHADAPINYA”

“KEJAYAAN SESEORANG BERMULA DARIPADA PENGALAMANYA,SESEORANG YANG BERJAYA TANPA PENGALAMAN IBARAT RUMAH BATU YANG BERPAKSIKAN TIANG YANG REPUT”

KESIMPULAN BERDASARKAN APA YANG SAYA PEROLEHI:


"Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara"

Ingin menjadi seseorang guru anda akan menghadapi pelbagai ujian dan cabaran,jika anda gagal mengawal pelajar dalam kelas yang anda mengajar buat kali pertama itu bukanya petanda anda tidak layak menjadi pendidik, bahkan ianya mematangkan anda sebagai seorang guru juga pemimpin,Allah akan sentiasa menduga kita supaya kita ingat akan maha pencipta,dan bayakan berdoa agar sentiasa yakin dan istiqomah dalam menjalani sesuatu urusan,juga tabah menghadapi ujian-ujian yang akan ditempuhi.Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.dugaan merupakan petanda bahawa Allah sentiasa bersama hambanya.




Tuesday 13 September 2011

Bersama Dr.Hj.Mohd Ismail Bin Mustari Timbalan Pengarah Fakulti Islam UTM (Ulama' Tersohor)
Kenangan raya semasa di rumah ana....(kawan2 sekolah)
Membe sekolah yang perlu dari SK Tanjung Adang sampy SMK Tanjung Adang selamat hari raya semua...
Sahabat yang terbaik pabila melihat wajahnya kita teringat Allah dan bersamanya membuat kita gembira dan bercakap denganya semakin bertambah ilmu kita dan berpesan terhadap kesabaran
Pengalaman perlu dicari dan tidak akan hadir sendiri selain tabah menghadapi dugaan