Wednesday 21 September 2011

MUDIR MARSAH YANG DISAYANGI

DALAM KENANGAN
Sohibul Fadhilah Al Ustaz Haji Mohamed Salleh Bin Sanwan
Mudir MARSAH

BERITA DALAM KELAS :

20 SEPTEMBER 2011 (SELASA) / JAM 9.00 am :Kami bangun pagi seperti biasa dan terus ke kelas seperti dalam jadual kami ada kelas Psikologi Pendidikan di makmal,semasa didalam kelas kami seperti biasa masuk dan duduk sementara menunggu pensyarah kami Tn Hj.Jumaat Abu Bakar hadir kelas.tiba-tiba seorang sahabat kami adik kepada pensyarah tahfiz ditempat kami ini menerima sms dari abangnya yang memberitahu bahawa Mudir kesayangan kami ulama' yang kami sayangi serta ikon kepada kami telah pun menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.00 pagi.sedih dan terharu mendengar berita ini,suasana pilu menyelubungi luar kelas dengan keadaan mendung dan hujang renyai diselangi lebat.Kemudian Tn.Hj.Jumaat pon masuk kekelas dalam keadaan sedih menyatakan kelas dibatalkan serta memberikan sedikit pesanan untuk ulangkaji akan datang kemudian Tuan Haji pon keluar.kami pon terus mendapat maklumat dari pensyarah-pensyarah bahawa kelas dibatalkan.kami pon terus balik ke bilik dalam keadaan sedih serta pilu dengan cuaca sejuk kerana turunya hujan.

BALIK KE ASRAMA :

Kemudian kami pon mendengar pengumuman dari senior kepada semua pelajar asrama bahawa semua pelajar adalah diwajibkan hadir ke Masjid Sultan Abu Bakar pada jam 3 ptg bagi menyempurnakan solat jenazah Al marhum.seminggu sebelum ini Almarhum telah dimasukan ke Hospital Sultan Abd Samad bagi menerima rawatan selama beberapa hari.berita tentang kemasukan beliau ke hospital tidak kami ketahui,cuma kami perasan bahawa beliau tidak ada pada raptai dan majlis konvokasyen MARSAH kali ke 11 di Pusat Islam Iskandar Johor Bahru tempoh hari.
Majlis Konvokasyen menjadi kenangan,beliau tidak dapat hadir pada hari tersebut 
kerana menerima rawatan di hospital

Kami kemudian ,mendapat arahan dari penyelia asrama supaya turun untuk pergi melawat jenazah almarhum  beramai2 menaiki dua buah bas ke kediaman almarhum di setia tropika.terdetik dalam hati semasa perjalanan kerumah almarhum.kami telah pun mengunjungi rumah beliau juga untuk beraya dan serta mengunjungi pensyarah kami anak beliau Ustazah Dzakiah Al-Miskiah pada hari sabtu sebelum kami dapat mengatahui berita kemasukan beliau ke hospital pada hari isnin nya.

Kenangan bergambar beramai-ramai bersama AlMarhum Al-Fadhil Ustaz Hj,Mohamed Salleh di kediamanya di setia tropika selang sehari sebelum beliau dimasukan ke hospital.

Semasa kami mengunjungi rumah beliau kami sambut oleh anak beliau yang juga pensyarah kami serta isteri beliau dan anak-anak yang lain dengan dijamukan masakan soto juga macam-macam lagi dan yang paling special adalah ustazah Dzakiah mengeluar beberapa jenis makanan kekacang arab juga buah tamar dari madinah yang di tanam oleh baginda rasullullah katanya baik untuk mengelakan santau inilah pertama kali kami beraya dirumah beliau dan merasai buah tamar yang special itu.jam menunjukan sudah hampir maghrib dan kami pon ketika itu mengambil keputusan untuk pulang dengan segera,sudah masuk dalam kereta ustazah dzakiah pun minta kami tunggu sebentar untuk menunggu beliau yang baru balik dari urusan luar.tidak lama kemudian beliau pon sampai dan kami sempatlah bersalaman dan bergambar dengan beliau.tidak disangkakan penemuan yang singkat itu adalah kenangan manis kami bersama armarhum yang juga bapa serta ulama' tersohor yang tinggi ilmunya,setiap katanya bernilai dan tidak dapat dicari ganti.masih terngiang2 lagi pesanan almarhum "Selamat Hari Raya,tahun depan jemput datang lagi ye" dan juga semasa Majlis khatam al-quran MARSAH beliau dalam ucapanya menyatakan bahawa "MARSAH masih memerlukan doa dari semua pelajarnya".akan kami tunaikanya insyallah.


Sesudah sampai ke kediaman beliau untuk melawat jenazah almarhum kami berasa sayu dan hiba serta puluhan tokoh-tokoh serta ulama' ternama hadir selain saudara mara bagi melawat jenazah antaranya Mufti kerajaan Johor sendiri Sohibus Samahah Dato' Hj.M.Tahrir Kiyai Hj.Shamsuddin bersama timbalan mufti johor Dato' Hj.Sha'ari Abdullah Al Hafiz,pengarah jabatan Agama Johor Hj.Elias Hasran,Kadi Johor Bahru Hj.Azman Mohsin,Pengarah Pendidikan Agama Johor Ustaz Hj.Suliman Dumang serta ramai lagi pengarah-pengarah,pegawai-pegawai jabatan agama,guru-guru maahad,pensyarah-pensyarah serta para pelajar beliau dari dahulu hingga kini.begitu terasa sungguh pemergian almarhum sebagai seorang tokoh ulama' yang tinggi ilmunya selain itu beliau fasih dalam berbahasa arab bersama sahabatnya yang sama lulusan Al Azhar Mesir seperti Ustaz Hj. Mukhtar Abd Aziz,Ustaz Hj.Abd Ghani yang merupakan antara ulama' negeri johor yang tinggi ilmunya.

Salam Ta'ziah kepada keluarga AlMarhum Ustaz Mohamed Salleh Bin Sanwan Al-Hajj
semoga ronya dicucuri rahmat 
Al-Fatehah.

No comments:

Post a Comment