Wednesday 2 May 2012

Usul Fiqh : al-Qiyas

AL-QIYAS

1.      Definisi :

Dari sudut bahasa al-Qiyas boleh membawa erti ukuran,persamaan dan ukuran di antara sesuatu tempat dengan tempat lain,iktibar atau ambil pengajaran,tamsil dan menyerupai.

Dari sudut istilah al-Qiyas ialah ;

a)      Menzahirkan persamaan sesuatu perkara yang tiada nas tentang hukumnya kerana kedua-duanya mempunyai persamaan pada illah atau sebab dalam hukum itu.
b)      Persamaan sebab dalam perkara furu’ yang telah berlaku dengan perkara yang baru berlaku mengikut persamaan illah hukum tersebut .
c)      Perbandingan di antara sesuatu hukum dalam perkara yang baharu lahir dengan perkara yang telah ada hukumnya sebelumnya di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
d)     Menyamakan masalah yang tidak jelas hukumnya di dalam al-Quran atau hadis atau ijma’ dengan masalah yang telah dijelaskan hukumnya di dalam salah satu daripada dalil tersebut berdasarkan antara keduanya ada persamaan pada illah hukum.

2.      Rukun Al-Qias :

1.      Perkara Asal (Sebab)
2.      Hukum Asal (Hukum wajib,haram,sah dan lain-lain)
3.      Cabang atau furu’ (Masalah)
4.      Illah (Sifat sebab lahir hukum)



3.      Contoh  ringkasan para ulama’ mujtahid menggunakan qiyas untuk mengistinbat hukum :

PERKARA ASAL
Arak
HUKUM ASAL
Haram
PERKARA CABANG
Perahan anggur
ILLAH HUKUM
Mabuk

4.      Syarat-syarat al-Qiyas :

                    i.            Syarat bagi Perkara Asal (Sebab).

·         Perkara asal ini boleh diqiyaskan dengan perkara cabang.
·         Hukum yang dikhususkan kepada perkara tertentu tidak boleh diqiyaskan seperti hukum Rasullullah berkahwin dengan lebih daripada empat orang wanita.kerana perkara ini telah dikhususkan untuk Rasullullah sahaja.
·         Perkara mustahil untuk diqiyaskan tidak boleh diqiyaskan seperti bilangan rakaat solat,kadar hukum hudud dan kifarah kerana perkara ini tidak boleh difikirkan menggunakan akal.

                  ii.            Syarat bagi Hukum perkara asal.

·         Hendaklah daripada hukum  asal.
·         Hendaklah hukumnya tetap dan tidak dimansuhkan.
·         Hukumnya mestilah melalui nas daripada al-Quran atau as-Sunnah dan ijmak.
·         Tidak boleh dalil yang menetapkan bagi hukum perkara asal juga menetapkan bagi hukum perkara cabang.
·         Hendaklah bersebab dengan sebab yang boleh diketahui kewujudan sebab yang sama denganya pada perkara cabang.
·         Hendaklah mendahului ketetapan hukumnya daripada hukum perkara cabang.

                iii.            Syarat bagi perkara cabang.

·         Hendaklah terdapat sebab yang boleh menetapkan hukum perkara asal kepada perkara cabang.
·         Tidak boleh perkara cabang itu telah dinaskan hukumnya oleh al-quran, as-Sunnah atau ijmak.

                iv.            Syarat bagi Illah hukum.

·         Illah hendaklah yang merupakan sifat zahir yang terdapat pada hukum dengan kewujudannya pada perkara asal dan perkara cabang.
·         Hendaklah yang merupakan sifat tetap iaitu mempunyai hakikat tertentu yang tetap ,tidak berbeza dengan sebab berbezanya manusia dan keadaan.
·         Hendaklah sifatnya sesuai bagi hukum sehingga boleh terbina hukumnya atas sifat tersebut.
·         Hendaklah melangkau illah hukum tersebut daripada kedudukan hukum asal kepada perkara cabang.
·         Tidak boleh illah hukum itu menyalahi nas atau ijma’ kerana menyalahi kedua-duanya menyebabkan tidak boleh untuk melangkau hukum pada perkara lain.



5.      Jenis-jenis al-Qiyas.
Al-Qiyas terbahagi kepada

                                                      I.            Al-Qiyas al-Jali (jelas)

§  Qiyas yang jelas dan diyakini perbezaan di antara illah pada hukum cabang atau furu’ dan asal serta pasti ia memberi kesan pada hukum atau sebaliknya.
§  Contohnya : Wanita yang kedatangan haid haram membaca al-Quran dan diqiyaskan kepada orang yang berjunub kerana kedua-duanya mempunyai illah yang sama iaitu tidak suci dan haram untuk membaca al-Quran.

                                                   II.            Al-Qiyas al-Khafi (tersembunyi)

§  Qiyas yang tidak diyakini tentang perbezaan di antara illah pada hukum furu’ dan asal serta tidak pasti sama ada ia memberi kesan pada hukum atau sebaliknya ,qiyas ini lebih dikenali sebagai Istihsan
§  Contohnya : wanita kedatangan haid diharuskan membaca al-Quran kerana istihsan Qiyas al-Khafi walaupun haram wanita membaca al-Quran berdasarkan Qiyas al-Jali kerana ia berbeza dari segi tempohnya bagi orang yang berjunub dan wanita yang haid tempohnya panjang berbeza tempoh junub pendek,menyebabkan tempoh haid tersebut tidak dapat digunakan untuk membaca al-Quran berbeza dengan lelaki yang boleh membaca sepanjang masa.


                                                III.            Al-Qiyas al-Syabah (Penyamaan seiras)

§  Penyamaan seiras maksudnya ialah terdapat satu cabang yang berada di antara dua perkara asal (sebab) yang berbeza dimana cabang tersebut mempunyai keseirasan dengan setiap satu daripada kedua-dua asal tersebut dan terdapat cabang satu cabang digolongkan kepada asal yang paling banyak kesirasan denganya.Qiyas ini adalah lemah dan tidak terdapat sebab yang sesuai kecuali cabangnya seiras dengan dengan salah satu asal dalam kebanyakan hukum-hukum di samping terdapat asal lain yang mempunyai keirasan.

§  Contohnya : Seorang hamba adakah ia memiliki hak atau tidak.jika memiliki hak ia boleh diqiyaskan sebagai orang merdeka dan tidak mempunyai memiliki hak ia menyerupai binatang. Perkara asalnya ialah hamba diqiyaskan orang merdeka dan binatang. Dari sudut hamba itu sebagai orang merdeka kerana ia diberi balasan dosa pahala, ada hak bernikah. Dari sudut hamba itu sebagai jualbeli (binatang) ia boleh dijualbeli,boleh digadai,diwakafkan,dihadiahkan,diwarisi dan boleh diurus seperti harta. Dengan keseirasan hamba ini terdapat pada kehartaan dan diiraskan hamba sebagai binatang.

                                                IV.            Al-Qiyas al-‘Aks (Penyamaan dari sudut berlawanan)

§  Penyamaan dari sudut berlawanan. Maksudnya ialah penetapan lawan kepada hukum asal untuk cabang kerana wujudnya lawan kepada sebab hukum asal dalam cabang itu.

§  Contoh ; Hadith Rasullullah SAW
Maksudnya : Rasullullah SAW telah bersabda “dan di dalam urusan kemaluan seseorang kamu adalah sedekah”. Sahabat bertanya “ Wahai Rasullullah, adakah seseorang dari kami mendatangi syahwatnya (maka) dia akan memperoleh pahala ?”
Jawab Baginda “ tidakkah kamu memerhatikan sekiranya dia meletakannya di dalam urusan yang haram,bukankah dia memperoleh dosa; begitulah halnya sekiranya dia meletakanya di dalam urusan yang halal,pasti dia memperoleh pahala.”

§  Baginda menetapkan cabang ialah persetubuhan yang halal, hukum lawan bagi persetubahan haram kerana wujudnya lawan kepada sebab hukum asal dalam cabang. dan baginda menetapkan cabang pahala bagi persetubuhan halal dan lawan bagi ketetapan dosa kerana persetubuhan haram.

6.      SUMBER RUJUKAN :

1. Ustaz Abd Latif Muda,Dr. Rosmawati Ali,Penghantar Usul Fiqh,Cetakan 2010
2. Abd Azib Hussain,Manhaj Ilmu Fiqah & Usul Fiqah,Cetakan Pertama 2012

No comments:

Post a Comment