Wednesday 14 September 2011

PENGALAMAN PERTAMA MENJADI GURU


Kenangan bersama 
 Mantan Guru Besar SABBU Ustaz Masrin Bin Soib




Bersama Ustaz Masrin Bin Soib, Idola saya dalam perguruan
Guru Besar saya dari bangku sekolah hingga 
jadi guru, beliau menjadi Guru Besar di SABBU

Rasanya saya ingin menjelajah ke sekolah-sekolah lain bagi mencari pengalaman yang lebih serta memantapkan lagi gaya pembelajaran serta dapat mempelajari teknik bagaimana mengawal pelajar serta menganali personaliti seseorang pelajar melalui pelbagai aspek seperti yang dinyatakan dalam psikologi pendidikan dalam hal perkembangan individu melalui kognitif,sosial,fizikal dan pelbagai lagi ;

“PENGALAMAN PERLU DI CARI,IANYA TIDAK AKAN HADIR MELAINKAN KITA YANG MENGHADAPINYA”

“KEJAYAAN SESEORANG BERMULA DARIPADA PENGALAMANYA,SESEORANG YANG BERJAYA TANPA PENGALAMAN IBARAT RUMAH BATU YANG BERPAKSIKAN TIANG YANG REPUT”

KESIMPULAN BERDASARKAN APA YANG SAYA PEROLEHI:


"Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara"

Ingin menjadi seseorang guru anda akan menghadapi pelbagai ujian dan cabaran,jika anda gagal mengawal pelajar dalam kelas yang anda mengajar buat kali pertama itu bukanya petanda anda tidak layak menjadi pendidik, bahkan ianya mematangkan anda sebagai seorang guru juga pemimpin,Allah akan sentiasa menduga kita supaya kita ingat akan maha pencipta,dan bayakan berdoa agar sentiasa yakin dan istiqomah dalam menjalani sesuatu urusan,juga tabah menghadapi ujian-ujian yang akan ditempuhi.Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.dugaan merupakan petanda bahawa Allah sentiasa bersama hambanya.




No comments:

Post a Comment