Sunday 18 September 2011

Sekolah Agama & Guru Agama Kerajaan Johor

Sekolah Agama Kerajaan Johor,Rasanye tengok sekali dah tau mane satu sekolah Agama berbanding sekolah menengah mahupun sekolah rendah,Apa perbezaanya???,anda pasti tau..

SEKOLAH AGAMA JOHOR

Sekolah Agama kerajaan Johor adalah satu-satunya institusi yang terkenal di negeri lain, sekolah agama mula diwujudkan pada zaman pemerintahan Maharaja Abu Bakar yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Al-Quran kemudian ditukar nama kepada sekolah petang juga terdapat nama-nama lain kini dikenali sebagai sakolah agama kerajaan Johor, bila berbicara tentang sekolah agama pastinya sekolah agama kerajaan johor lebih popular kerana satu-satunya negeri yang mempunyai sekolah Agama yang diselangara oleh kerajaan johor dibawah pentadbiran Jabatan Agama Johor Bahagian Pendidikan.mempunyai sistem pengurusan yang sistematik serta guru-guru dan kakitangan yang terlatih.sekolah Agama kerjaan johor dan guru agama kerajaan kini menjalani tranformasi, pelbagai usaha kerajaan bagi menaiktarafkan kualiti institusi perguruan,profesyen perguruan,pengurusan dan prasarana sekolah setanding sekolah dibawah pentadbiran kerajaan pusat yang dikelolai Kementerian Pelajaran Malaysia.


Bagi rakyat johor atau bagi mereka yang bermastautin di negeri johor dikehendaki untuk menghantar anak mereka mengikuti pelajaran di sekolah agama kerajaan johor yang berhampiran, sudah menjadi kewajipan kepada rakyat johor untuk menghantar anak mereka ke institusi berkenaan.


Sekolah Agama Kerajaan Johor menerima pelajar seawal pra sekolah iaitu Tadika Islam Johor (TAJ), darjah 1 hingga darjah 6 yang memberikan asas pengajian agama islam merangkumi aspek aqidah,fiqah,al quran dan tasauf serta menerapkan adab-adab islamiah dikalangan pelajar.

Selain Pendidikan prasekolah pelajar-pelajar yang telah tamat pengajaran di darjah 6 serta lulus cemerlang peperiksaan sijil darjah enam agama johor (SDEA) akan menyambung pengajian pula di peringkat darjah KHAS,kelas yang hanya dijalankan pada setiap hari sabtu pagi hingga tengahari.setelah menjalani sesi pembelajaran pada hujung tahun akan diadakan peperiksaan sijil darjah khas agama johor (SDKA) bagi mereka yang lulus akan memperolehi sijil darjah khas agama sijil ini juga laku bagi mereka yang ingin menyambung pengajian atau bekerja dalam sektor awam di negeri johor.


Pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di sekolah Agama kerajaan johor dijanjikan asas pendidikan agama yang kukuh dengan didikan yang mantap daripada guru agama yang mahir dalam bidang agama

1 comment:

  1. pembetulan sikit...TAJ juga dijalankan di sekolah gred c...contoh:sekolah saya disekolah agama parit kassan ledang johor.

    ReplyDelete